CALON SIMPANAN PENGUASA KASTAM W41 2014
Dah berhabuk habis blog saya. Maklumlah tak dah orang nak
visit. Tapi saya catatkan juga untuk rujukan saya pada masa hadapan manatau
dapat temuduga jawatan lain lagi, boleh rujuk balik.
Pada tahun 2014 saya ada tulis pengalaman temuduga saya
jawatan penguasa kastam W41. Sebelum ni saya anggap saya akan gagal temuduga ni
memandangkan lebih 30k oaring yang akan di temuduga dan kekosongan sedikit
sahaja. Tetapi tidak sangka saya dapat sebagai CALON SIMPANAN.
Tetapi ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di
tengahari, sekarang tarikh calon simpanan saya telah expired. Dan nombor
giliran saya 1400++ dari 2000 calon simpanan. Setakat ni calon simpanan perempuan
yang telah di panggil sampai 1200++. Nombor saya tak sampai dah expired. Sedih
tak terkata….huhu.
Tapi sekarang ni SPA ada buat pengambilan baru untuk kastam
Cuba nasib lah kali ni apply sekali lagi......masih sedih sbb terima hakikat yg kitaorang calon simpanan tak di panggil...huhu.. move on...
Saya ada hubungi pihak SPA sebab nak ty dengan lebih lanjut. Lepas tu mereka pas kan saya ke pegawai yang in charge tapis penguasa kastam untuk di panggil ke exam. perbualan saya dengan beliau:
Saya: Assalamualaikum puan saya ingin bertanya jikalau saya ada degree sain Fizik dan MBA ada peluang tak untuk melepasi syarat bagi jawatan ini? sebab saya perasan dia cuma nak kos seperti tertera di iklan
Pegawai SPA: Kami cuma akan panggil yang tersenarai dalam bidang keutamaan bagi degree sahaja. walaupun kamu ada master dalam bidang tersebut tapi pihak kami tak tengok. untuk jawatan kastam cuma tengok degree walaupun km ada master atau PHD sekalipun. Hanya jawatan PTD sahaja setakat ni yg tgk master dan PHD
Saya: Bagaimana kalau sebelum ni saya bekas calon simpanan, ada kelebihan tak?
Pegawai SPA: xda. semua sama saja samada kamu bekas calon simpanan atau bukan tetap nak tengok degree bidang keutamaan. Lagipun kami tak serap dah yer calon simpanan sebab tarikh CS kamu dah lama expired.
Tak nak berputus asa lantas saya menulis surat merayu supaya di panggil sekurangnya2 ke peperiksaan walaupun pegawai SPA yg sy kol dah noktah memang tipis harapan di panggil sebab degree lari bidang. Harap SPA pertimbangkan lah.
Sekian
Nak tanya . Mcm mana kita nak tahu berapa jumlah calon simpanan yg telah dipanggil . Sementara kita menunggu giliran kita .
ReplyDeleteKamu semak di bahagian SPA8i...masukkan no IC dan password...boleh semak di bahagian semakan temuduga kalau x silap...Arif Chon dapat calon simpanan WK41 tahun 2017 juga ke?
ReplyDeleteyela sy pn nk tahu no bilangan calon simpanan yg telah diserap masuk.. spa8i tuh just inform kite nih simpanan no berapa je
ReplyDeletebila nk ambil calon simpanan nest intak untuk 2017 ek
ReplyDeleteSalam ..saya sedang menjalani latihan industri di jabatan kastam bagaimana untuk memohon serap selepas tamat latihan industri ? Tq:)
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteSy nk kjo
ReplyDeleteCasinos in San Diego, CA - Mapyro
ReplyDeleteCasinos in San 청주 출장마사지 Diego, CA. Mapyro and 남양주 출장마사지 other local real 남양주 출장마사지 money casinos, reviews, photos, location maps, gaming 광명 출장안마 tables 논산 출장안마 and more.