BTemplates.com

Powered by Blogger.

BTemplates.com

Thursday 9 February 2017

PERSEDIAAN PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK PTD M41 NOVEMBER 2016


Sebagai permulaan sebelum saya menulis persediaan yang saya buat, saya ingin berkongsi kepada pembaca. Untuk pengetahuan semua saya sekarang bekerja kerajaan di badan berkanun tapi pegang gred SPM je S19. Sy telah menjalani peperiksaan PTD sebanyak 7 kali dari tahun 2010, dan pada kali ke-7 pertama kali lulus..huhu..teruk kan? Mungkin sebab perasaan nak jadi PTD tu belum cukup kuat jadi persediaan pun ala kadar sahaja. Tapi sekarang dah tahu hala tuju dan objektif makin jelas kenapa nak jadi PTD. Tambahan lagi dengan umur dah mencapai 30 an xbole dah sambil lewa buat persediaan, target sebelum 30 tahun dah masuk skim 41 dah. Tapi sampai sekarang belum tercapai lagi huhu..

Peperiksaan online PTD yg di jalankan pada 23 November 2016 ada terbahagi 2 seksyen:

Seksyen A

Pengetahuan Am Malaysia sebanyak 50 soalan jawab dalam masa 40 minit

Seksyen B

Daya menyelesaikan masalah Matematik 40 soalan jawab dalam masa 45 minit

Persediaan yang sy buat untuk seksyen A sama seperti tahun sebelumnya di mana sy ada baca2 sikit2 nota dari pakej rujukan peperiksaan online PTD yg sy beli. Sy baca akhbar online utusan Malaysia yg sy langgan online selama sebulan sebelum exam. dan sy save awal2 info dr laman web KSN, 1klik dan lmn web rasmi kerajaan yg berkaitan sbb nant msa nak jwb exam smua org akan rujuk page yg sama so lembab sikit la website tu nant, ah di situ masa dah terbuang.


Untuk seksyen B pula boleh buat soalan matematik dalam pakej rujukan ni, rasanya ni pun da cukup, selain tu jg download apps IQ test supaya saya boleh biasakan diri masa nak jwb soalan IQ test di seksyen B. Sy anggarkan lebih 5 soalan jg adalah IQ test. Ni mmg xda rujukan mn2 ni kena jwb guna IQ kita sndri. Tapi kalo biasakan diri dgn soalan IQ test sgt membantu. Selalunya calon akan hentam jwb soalan IQ test yg susah atau soalan matematik yg memerlukan pengiraan yg byk. Ni pn x hilang markah sebenarnya kalo hentam je, sbb keberangkalian jwpn salah tu tinggi.
Ni la buku yg sy beli dr tahun 2014 tapi dia akan bg update yg baru utk 3 tahun seterusnya. Berbaloi beli ni sbb boleh buat rujukan utk temuduga jg


Cuma tambahannya, saya ubah strategi cara menjawab semasa exam. Sebelum ni ambil exam on9 ada pembantu jg (suami) tolong jawabkan tapi kami menjawab sama2 pada wktu tu sambil search google which mmg x cukup masa. Tapi skrg ni mula je exam saya ambil gambar setiap soalan separuh dan bagi suami jawab, dan sy jawab separuh, jadi byk masa nak google stiap soalan. ni untuk seksyen A.

Untuk seksyen B pula saya gambar setiap soalan yg senang sedikit supaya suami dapat jawab, yg lain sy jawab. X da suda istilah tembak jawapan sebab x cukup masa nak mengira.


Format soalan peperiksaan online PTD akan berubah dari masa ke semasa, contohnya sebelum ni seksyen A ada 60 soalan dan ada 3 seksyen. Sekarang ni cuma ada 2 seksyen dan masa menjawab di singkatkan.

Boleh saya katakan untuk menjawab soalan online peperiksaan selain kena study, mesti ada strategi yg bagus semasa menjawab kena ada pembantu di sebelah. Masa hadir PAC sy ada bercerita dengar calon lain, rata-rata yg lulus exam ni mesti ada pembantu mereka jawab bersama lebih dari 2 orang. Siap yg tolong jawab tu PTD jg. nyata2 la mmg lulus. Hehe

Selepas 9 hari iaitu pada 02 Disember 2016 result peperiksaan dah keluar, ni keputusannya. Berbaloi dgn usaha

Sekian

Wednesday 8 February 2017

CALON SIMPANAN PENGUASA KASTAM W41 2014


 Dah berhabuk habis blog saya. Maklumlah tak dah orang nak visit. Tapi saya catatkan juga untuk rujukan saya pada masa hadapan manatau dapat temuduga jawatan lain lagi, boleh rujuk balik.
Pada tahun 2014 saya ada tulis pengalaman temuduga saya jawatan penguasa kastam W41. Sebelum ni saya anggap saya akan gagal temuduga ni memandangkan lebih 30k oaring yang akan di temuduga dan kekosongan sedikit sahaja. Tetapi tidak sangka saya dapat sebagai CALON SIMPANAN.

Tetapi ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari, sekarang tarikh calon simpanan saya telah expired. Dan nombor giliran saya 1400++ dari 2000 calon simpanan. Setakat ni calon simpanan perempuan yang telah di panggil sampai 1200++. Nombor saya tak sampai dah expired. Sedih tak terkata….huhu.

Tapi sekarang ni SPA ada buat pengambilan baru untuk kastam 

Cuba nasib lah kali ni apply sekali lagi......masih sedih sbb terima hakikat yg kitaorang calon simpanan tak di panggil...huhu.. move on...

Saya ada hubungi pihak SPA sebab nak ty dengan lebih lanjut. Lepas tu mereka pas kan saya ke pegawai yang in charge tapis penguasa kastam untuk di panggil ke exam. perbualan saya dengan beliau:

Saya: Assalamualaikum puan saya ingin bertanya jikalau saya ada degree sain Fizik dan MBA ada peluang tak untuk melepasi syarat bagi jawatan ini? sebab saya perasan dia cuma nak kos seperti tertera di iklan

Pegawai SPA: Kami cuma akan panggil yang tersenarai dalam bidang keutamaan bagi degree sahaja. walaupun kamu ada master dalam bidang tersebut tapi pihak kami tak tengok. untuk jawatan kastam cuma tengok degree walaupun km ada master atau PHD sekalipun. Hanya jawatan PTD sahaja setakat ni yg tgk master dan PHD

Saya: Bagaimana kalau sebelum ni saya bekas calon simpanan, ada kelebihan tak?

Pegawai SPA: xda. semua sama saja samada kamu bekas calon simpanan atau bukan tetap nak tengok degree bidang keutamaan. Lagipun kami tak serap dah yer calon simpanan sebab tarikh CS kamu dah lama expired.

Tak nak berputus asa lantas saya menulis surat merayu supaya di panggil sekurangnya2 ke peperiksaan walaupun  pegawai SPA yg sy kol dah noktah memang tipis harapan di panggil sebab degree lari bidang. Harap SPA pertimbangkan lah.

Sekian


Thursday 13 November 2014

PENGALAMAN TEMUDUGA PENGUASA KASTAM W41 2014


Assalamualaikum w.b.t,

Sepanjang pada tarikh 07/10/2014 - 27/11/2014 temuduga penguasa katam W41 telah di langsungkan, Kira-kira lebih dari 33,000++ calon yang akan di temuduga dalam pelbagai bidang degree. Ini adalah temuduga saya kali pertama untuk jawatan 41 tapi mmg persaingan tersangat lah sengit sebab kekosongan hanya 161 orang dan calon simpanan 450 orang, so kira2 pluang nak dapat tu 0.5% je dan pluang untuk jadi calon simpanan kira-kira 2%.

Untuk giliran saya telah di jadualkan pada 08/10/2014 jam 8.00 am. Mmg nervous tahap gaban, dah lah pihak SPA baru kuarkan jadual last minit ari jumaat tiba2 minggu depan rabu dah nak interview...mmg preparation tahap torpedo lah...byk sangat baca notes smpai x sempat nak hadam semua, nasib ada jg buat persediaan sebelum tu.

Antara persediaan yg sy buat sebelum temuduga penguasa kastam:

1. Beli blazer kat bundle (harga rm25 tapi kualiti cm harga ratus2), beli pin 1 malaysia sbb nak lekat kat blazer (nampak patriotik sikit) dan tempah nametag
2. Tempah kain baju kurung khas untuk temuduga tapi x pakai pn sbb tukang jahit salah jahit (huhu mmg sakit hati sangat)
3. Tempah surat khabar online dan baca setiap pagi lepas smpai office (yela dlm news boleh di katakan hari2 ada isu rasuah, isu kastam dan GST)
4. Baca apa2 sal keja kastam (sambil2 tu share2 info dgn kwn2 group wassup dan FB, ini mmg byk membantu)
5. Pastikan dokumen lengkap terutamanya kakitangan kerajaan mesti sedia 3 dokumen seperti di nyatakan di surat panggilan temuduga. (ini sgt penting ya, kalo x lengkap susa la nk dapat)
6. Minta restu dengan suami dan orang tua dan berdoalah

Waktu temuduga:

Jam 5.00 am dah bangun (bkn sbb semangat ye tapi sbb nervous smpai awal sgt bgn). Lepas solat subuh bersiap. Pakaian saya baju kurung dan tudung warna ungu (2 warna), blazer hitam, kasut hitam stokin warna kulit. Jam tangan ladies (pinjam je. sy xda jm tangan ladies hehe). ooo ya kalo boleh outfit dari atas smpai bawah tidak boleh lebih dari 3 warna. outfit sy 3 warna je ungu terang dan pudar dan hitam. Make up sikit2. Cermin mata sy x pakai takut kalo panel tau sy rabun akan menjejaskan keputusn.

Sampai jam 7.00 am siap parking betul2 depan pusat temuduga...yela sbb sy nak pastikan sy awal intvw sbb nak catch flight tengahari...pastu staf SPA buka ofis jam 7.30 am dan trus daftar dokumen, dan sy orang pertama yg di panggil.

Walaupun jadual intvw start jam 8.00 am tapi kedua-dua panel smpai awal jd sy start intvw 7.50 am.
Memula skali lepas bismillah dan selawat 3 kali saya ketuk pintu 3 kali. Pastu masuk, fail di sebelah tangan kanan lurus jalan tegak (maklumlah intvw unit beruniform penampilan kena sempurna). pastu panel minta fail dan suru duduk. Sebelum duduk tu buka butang blazer yg ke-3 (nmpk profesional dan ianya salah satu protokol, dan memandangkan intvw untuk jwtn profesional penampilan kena nampak sempurna di mata panel) dan duduk dengan sopan dan tertib, tangan kena lurus di atas paha, dan duduk tegak ikut kedudukan kerusi, lagi kaki jangan bersilang. jangan lupa ucap terima kasih sebelum duduk.

Panel yg menemuduga sy dua org. Sorg panel SPA lelaki dan sorang panel kastam perempuan

Soalan dari panel SPA

1. Perkenalkan diri selama 2 minit
Biodata saya explain ringkas pastu saya nyatakan kelebihan saya aktif sukan masa universiti dan pengalaman kerja pelbagai bidang (xboleh explain panjang2 sbb panel tegaskan cakap 2 minit je dan kalo bole manfaatkan masa ini untuk yakinkan panel yg kita ne byk kelebihan untuk jawatan tersebut)
Pastu dia cakap "sy tgk awak ne mmg aktif sukan sbb byk sijil2 awk kumpul. awak ne ada kelayakan master tapi keja S17 pembantu perpustakaan, nyatakan gred2 jawatan untuk post awak ne di organisasi awak"

2. Sekarang isu hangat pasal orang kastam banyak ambil rasuah. Sekiranya kamu kerja kastam apa pendapat kamu kerajaan boleh buat untuk mengurangkan rasuah?
saya kaitkan dengan isu rasuah kastam tahun 2011 dan 2014 pastu sy nyatakan nmpknya tindakan kerajaan masih x berkesan sbb kejadian yg sama berulang. bla..bla pastu panel menyampuk "yelah apa strategi baru yg kerajaan boleh buat" saya jawab tubuhkan unit integriti di jabatan yg berisiko tinggi pastu panel sampuk "itu kerajaan dah buat (sambil senyum)"  time ne sy da gabra, pastu saya explain munkin boleh anjurkan kursus2 atau taklimat berkaitan integriti terutamanya yg baru masuk kerja supya dapat pendedahan awal dan kerajaan patut ambl tindakan lebih tegas bagi pesalah rasuah bla..bla...

3. Cukai yg kastam pungut ne nak buat apa dan apa sumbangan kastam?
Saya explain untuk perbelanjaan negara, ekonomi... bla...bla...pastu sy kaitkan lg menurut ketua pengarah LHDN 70% perbelanjaan negara drpd hasil kutipan cukai dimana 45% dari LHDN dan 25 kastam , sy sebutkan skali jumlah pungutan supya menggambarkn kt seorang yg teliti kemukakan pendapat(nasib baik buat research sal ne)...jd boleh dikatakan kastam antara organisasi yg terpenting sumbanganya bla...bla..

4. Tadi awak ada sebutkan cukai kastam dan lhdn, sebutkan lg cukai2 yg di pungut oleh organisasi lain ,ada tak?
Masa ne sy blur, siap panel bg masa lg pikir jwpn...pastu sy jwb maaf tuan sy x tau..pdhal pas kuar dr bilik baru teringat cukai pintu majlis daerah, cukai jalan JPJ,...wuuuaaaa :(

5. Awak ne ada degree fizik, boleh tak kaitkan dengan pekerjaan kastam
Sy jawab degree S&T ne ada kelebihan tersendiri berbanding degree bidang lain, memandangkan kita semakin maju dan memerlukan pekerjaan yg melibatkan mesin canggih dan teknologi rasanya org yg ada ilmu S&T lebih mudah paham untuk apply benda2 teknologi tinggi ne. contohnya imbasan kontena kastam yg menggunakan teori x-ray diffraction ...bla..bla..(explain ckit sal teori ne dan explain yg mereka mudah paham). Misalnya banyak penyeludup skg yg bijak yg mempunyai ilmu S&T supaya barang dlm kontena x dikesan munkin mereka menggunakan tungsten atau aluminium supaya pengimbas kontena tidak dpt mengesan bentuk barang tersebut sbb tungsten mempunyai intensiti yg tinggi. Ayat yg paling best skali "senang cerita la kita ne mempelajari teori S&T di sekolah tetapi penjenayah2 yg bijak ne mengapply teori tersebut". Makanya bidang dan ilmu sy ne sesuai untuk kerja penguatkuasaan, penyiasatan dan risikan (agak lama jg sy memikirkan jwpn ne dan kalo bole kn buat research supya dpt jawapan yg mantap untuk soalan ini).

Soalan dari panel kastam:

soalan2 dr kastam  ne cm ala2 kuiz pla....pastu kalo salah dia akan provoke bg psiko sikit

6. Berapa BMI awak
sy jwb terlebih berat, pastu dia sampuk "nah mcm mana tu kalo jd kastm ne x boleh gemuk tau. kastam kn fit" pastu sy jwb ya puan...xlama pastu sy smpuk lg "tapi sy yakin kalo sy di beri pluang masuk kastam sy yakin bile sy di AKMAL nanti kompom kurus" dua2 panel senyum

6. Ada baca pasal GST kn. Sebutkan threshold gst
1st tak paham apa tu pastu dia sebut bm baru paham heh (dapat jawab)

7. Misalnya keuntungan tahunan syarikat bawah RM100k perlukah wajib ke daftar GST. Mcmana km nak explain dgn customer untuk situasi ne
Setel ble jawab (dah study)

8. Sebutkan bekalan2 dan explain GST
setel ble jawab

9. Sebutkan 7 jenis yg cukai yg kastam pungut dan explain
Saya dpt jwb 5 ja...yg ke 6 sy sebut betul tapi tersalah explanation...trus puan potong "betul ka tu ko jawab, salah tu jawapn ko" trus sy minta maaf

10. Ada baca objektif kastam kn sebutkan
tem ne dia byk psiko2 sbb sala2 sebut hehe..masa ne saya dah stat down

11. Kenapa kerajaan mau tubuhkan penguatkuasaan kastam sedangkan ada enforcement lain seperti polis, sprm, dan sebagainya..bukan ka kalo kes penyeludupan polis ble selesaikan...knapa mesti mau kastam. bukan ka kerajaan cm buang duit?
Huh soalan dia ne agak psiko...sala jawab sikit dia sampuk...balik2 la kn sampuk sbbnya dia x puas ati dgn jwpn sy....last skali sy jawab "polis ne lebih kepada penguatkuasaan pelbagai jenayah, imegresen pla identify manusia di border untuk kuar masuk negara tapi kastam pla lbh kurang mcm imegresen tapi kepada barang dan perdagangan...jd ada perbezaan situ x ble cmpur aduk ...bla..bla..". pastu panel iyakan

12. apa bentuk fasilitasi yg kastm sediakan
Saya jwb la perdagangan, cukai ...bla..bla antam ja la...pastu dia sampuk "salah jwpn kamu yg kamu sebut tu perkhidmatan , soalan sy bentuk"...pastu panel bg saya masa berpikir....last skali sy mengalah maaf puan sy tak tau.

Last skali panel kata "ada apa2 soalan". Pastu sy sebut la ayat-ayat yg sy dah karang..."saya harap...." tiba2  panel smpuk " sy ty ada apa2 soalan, itu bukan soalan yg km mau ckp ne kn"...trus ilang smua ayat2 nak di cakap tu...sy ty je la brapa kekosongan untuk jwtn ne...huh, down bila kn psiko balik2.

pas abis sy berdiri (tapi lupa butang balik blazer huhu ...wuaaa...kesilapan :( ) ucap terima kasih dan ambil fail ucap terima kasih skali lagi siap sebut nama panel lg. pastu lupa salam pla panel pmpn ...wuuuaaa lagi skali kesilapan :(

Dalam bilik kira2 30 minit. Rasa mcm sekejap je.

Semua yg sy buat untuk temuduga sy dapat tips drpd program outreach SPA dan buku tips temuduga kerajaan. Saya pergi outreach SPA sebanyak 2 kali dan pihak SPA telah memberi input yang berguna untuk lulus temuduga SPA. Nanti sy share kepada pembaca apa tips2 yg pihak SPA kongsikan di mana ramai calon yg tidak tahu.