BTemplates.com

Powered by Blogger.

BTemplates.com

Thursday, 9 February 2017

PERSEDIAAN PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK PTD M41 NOVEMBER 2016


Sebagai permulaan sebelum saya menulis persediaan yang saya buat, saya ingin berkongsi kepada pembaca. Untuk pengetahuan semua saya sekarang bekerja kerajaan di badan berkanun tapi pegang gred SPM je S19. Sy telah menjalani peperiksaan PTD sebanyak 7 kali dari tahun 2010, dan pada kali ke-7 pertama kali lulus..huhu..teruk kan? Mungkin sebab perasaan nak jadi PTD tu belum cukup kuat jadi persediaan pun ala kadar sahaja. Tapi sekarang dah tahu hala tuju dan objektif makin jelas kenapa nak jadi PTD. Tambahan lagi dengan umur dah mencapai 30 an xbole dah sambil lewa buat persediaan, target sebelum 30 tahun dah masuk skim 41 dah. Tapi sampai sekarang belum tercapai lagi huhu..

Peperiksaan online PTD yg di jalankan pada 23 November 2016 ada terbahagi 2 seksyen:

Seksyen A

Pengetahuan Am Malaysia sebanyak 50 soalan jawab dalam masa 40 minit

Seksyen B

Daya menyelesaikan masalah Matematik 40 soalan jawab dalam masa 45 minit

Persediaan yang sy buat untuk seksyen A sama seperti tahun sebelumnya di mana sy ada baca2 sikit2 nota dari pakej rujukan peperiksaan online PTD yg sy beli. Sy baca akhbar online utusan Malaysia yg sy langgan online selama sebulan sebelum exam. dan sy save awal2 info dr laman web KSN, 1klik dan lmn web rasmi kerajaan yg berkaitan sbb nant msa nak jwb exam smua org akan rujuk page yg sama so lembab sikit la website tu nant, ah di situ masa dah terbuang.


Untuk seksyen B pula boleh buat soalan matematik dalam pakej rujukan ni, rasanya ni pun da cukup, selain tu jg download apps IQ test supaya saya boleh biasakan diri masa nak jwb soalan IQ test di seksyen B. Sy anggarkan lebih 5 soalan jg adalah IQ test. Ni mmg xda rujukan mn2 ni kena jwb guna IQ kita sndri. Tapi kalo biasakan diri dgn soalan IQ test sgt membantu. Selalunya calon akan hentam jwb soalan IQ test yg susah atau soalan matematik yg memerlukan pengiraan yg byk. Ni pn x hilang markah sebenarnya kalo hentam je, sbb keberangkalian jwpn salah tu tinggi.
Ni la buku yg sy beli dr tahun 2014 tapi dia akan bg update yg baru utk 3 tahun seterusnya. Berbaloi beli ni sbb boleh buat rujukan utk temuduga jg


Cuma tambahannya, saya ubah strategi cara menjawab semasa exam. Sebelum ni ambil exam on9 ada pembantu jg (suami) tolong jawabkan tapi kami menjawab sama2 pada wktu tu sambil search google which mmg x cukup masa. Tapi skrg ni mula je exam saya ambil gambar setiap soalan separuh dan bagi suami jawab, dan sy jawab separuh, jadi byk masa nak google stiap soalan. ni untuk seksyen A.

Untuk seksyen B pula saya gambar setiap soalan yg senang sedikit supaya suami dapat jawab, yg lain sy jawab. X da suda istilah tembak jawapan sebab x cukup masa nak mengira.


Format soalan peperiksaan online PTD akan berubah dari masa ke semasa, contohnya sebelum ni seksyen A ada 60 soalan dan ada 3 seksyen. Sekarang ni cuma ada 2 seksyen dan masa menjawab di singkatkan.

Boleh saya katakan untuk menjawab soalan online peperiksaan selain kena study, mesti ada strategi yg bagus semasa menjawab kena ada pembantu di sebelah. Masa hadir PAC sy ada bercerita dengar calon lain, rata-rata yg lulus exam ni mesti ada pembantu mereka jawab bersama lebih dari 2 orang. Siap yg tolong jawab tu PTD jg. nyata2 la mmg lulus. Hehe

Selepas 9 hari iaitu pada 02 Disember 2016 result peperiksaan dah keluar, ni keputusannya. Berbaloi dgn usaha

Sekian

Wednesday, 8 February 2017

CALON SIMPANAN PENGUASA KASTAM W41 2014


 Dah berhabuk habis blog saya. Maklumlah tak dah orang nak visit. Tapi saya catatkan juga untuk rujukan saya pada masa hadapan manatau dapat temuduga jawatan lain lagi, boleh rujuk balik.
Pada tahun 2014 saya ada tulis pengalaman temuduga saya jawatan penguasa kastam W41. Sebelum ni saya anggap saya akan gagal temuduga ni memandangkan lebih 30k oaring yang akan di temuduga dan kekosongan sedikit sahaja. Tetapi tidak sangka saya dapat sebagai CALON SIMPANAN.

Tetapi ku sangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengahari, sekarang tarikh calon simpanan saya telah expired. Dan nombor giliran saya 1400++ dari 2000 calon simpanan. Setakat ni calon simpanan perempuan yang telah di panggil sampai 1200++. Nombor saya tak sampai dah expired. Sedih tak terkata….huhu.

Tapi sekarang ni SPA ada buat pengambilan baru untuk kastam 

Cuba nasib lah kali ni apply sekali lagi......masih sedih sbb terima hakikat yg kitaorang calon simpanan tak di panggil...huhu.. move on...

Saya ada hubungi pihak SPA sebab nak ty dengan lebih lanjut. Lepas tu mereka pas kan saya ke pegawai yang in charge tapis penguasa kastam untuk di panggil ke exam. perbualan saya dengan beliau:

Saya: Assalamualaikum puan saya ingin bertanya jikalau saya ada degree sain Fizik dan MBA ada peluang tak untuk melepasi syarat bagi jawatan ini? sebab saya perasan dia cuma nak kos seperti tertera di iklan

Pegawai SPA: Kami cuma akan panggil yang tersenarai dalam bidang keutamaan bagi degree sahaja. walaupun kamu ada master dalam bidang tersebut tapi pihak kami tak tengok. untuk jawatan kastam cuma tengok degree walaupun km ada master atau PHD sekalipun. Hanya jawatan PTD sahaja setakat ni yg tgk master dan PHD

Saya: Bagaimana kalau sebelum ni saya bekas calon simpanan, ada kelebihan tak?

Pegawai SPA: xda. semua sama saja samada kamu bekas calon simpanan atau bukan tetap nak tengok degree bidang keutamaan. Lagipun kami tak serap dah yer calon simpanan sebab tarikh CS kamu dah lama expired.

Tak nak berputus asa lantas saya menulis surat merayu supaya di panggil sekurangnya2 ke peperiksaan walaupun  pegawai SPA yg sy kol dah noktah memang tipis harapan di panggil sebab degree lari bidang. Harap SPA pertimbangkan lah.

Sekian